Tuesday, December 16, 2014

10 sebab kita perlu ambil supplemen

10 sebab kita perlu ambil supplemen 


Arini leyha nak kongsikan 10 sebab kenapa kita perlu ambil supplemen setiap hari : 

Sebab #1 : Kekurangan nutrien dalam makanan
Sebenarnya, kita tidak akan dapat semua nutrien penting yang diperlukan daripada makanan sahaja. Daripada apa yang kita tahu dan belajar semua nutrien sepatutnya boleh didapati daripada makanan harian kita tetapi berbeza dengan zaman sekarang. Pada hari ini kebanyakkan makanan adalah diproses, diubah secara genetik (GMO) dan dimasak dengan cara yang memusnahkan kandungan nutrien. 

Sebab #2: Sistem penghadaman yang lemah. 
Jika sistem penghadaman kita berfungsi dengan baik, kita sebenarnya tidak perlu nutrien dalam bentuk supplemen. Kebanyakkan daripada kita mengalami masalah kekurangan acid perut yang menyebabkan nutrien daripada makanan yang kita makan tidak dapat diserap dengan baik. Ini menyebabkan kekurangan nutrisi dalam badan.

Sebab #3 : Teknik penyediaan makanan yang tidak betul. 
Apabila kita masak sesuatu makanan dengan salah, contohnya seperti mengunakan microwave, kita sebenarnya mengurangkan kandungan nutrisi dalam makanan tersebut. Lagi-lagi di zaman moden ni, ramai yang memilih jalan singkat untuk mendapatkan makanan dengan memilih makanan segera yang diproses. Pemilihan beras perang putih berbanding beras perang juga mengurangkan kandungan fiber sebayak 75% dan nutrien seperti zat besi, niacin, thiamin, folacin, potasium, Vitamin E dan Vitamin B6

Sebab #4 :  Pencemaran
Pencemaran alam sekitar adalah isu utama pada masa kini. Di KL ni saja selalu sangat jerebu. Memang mudah sakit sebab udara kotor penuh dengan partikel asing yang berterbangan. Jika tidak jerebu sekalipun, partikel halus dari ekzos kenderaan dan asap kilang industri berlegar-legar ditambah pula dengan bakteria dan kuman sememangnya berterbangan di udara membuat kita mudah sakit.

Air minuman kita setiap hari bukan 100% selamat seperti air mata air dari pergunungan. Air disalur salam paip air yang berkarat dan penuh bakteria dan kuman. Bayangkan jika anda tinggal di kawasan perumahan yang dah lebih 30-50 tahun, tentunya sistem pengaliran air juga berusia 30-50 tahun dan berkarat. Kita boleh masak air untuk membunuh kuman dan bakteria tapi semua mineral jugak akan musnah.

Sebab #5 : Obesiti
Badan bertoksin akan mengurangkan keupayaan badan untuk membakar kalori dan menyebabkan obesiti. Supplemen untuk detoks dapat membantu seseorang untuk membuang toksin yang terkumpul didalam badan dan meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lebih kalori dan menjadi lebih sihat.

Sebab #6: Insomia & Stress
Simptom insomia menganggu 30-40% orang dewasa dan sekumpualan 10-15% orang dewasa mendakwa mengalami masalah insomia yang kronik. Insomia mempunyai impak yang besar atas kesihatan seseorang. 

Terdapat banyak supplemen yang dapat membantu untuk memastikan tidur yang lena dan berkualiti. Untuk seseorang yang mengalami masalah untuk tidur, pengambilan magnesium dan Vitamin E supplemen dapat membantu masalah ini.

Sebab #7: Ketidakseimbangan hormon
Lelaki dan wanita mempunyai kedua-dua hormon testosteron dan estrogen. Tapi estrogen dikenal sebagai hormon untuk wanita manakala testosteron untuk lelaki. Kekurangan testosteron membuatkan lelaki mengalami masalah untuk membina otot dan peningkatan hormon estrogen secara berlebihan menyebabkan kedua-dua lelaki dan wanita mengalami masalah untuk mengurangkan lemak dalam badan. Pengambilan supplemen yang bersesuaian dapat membantu keseimbangan hormon dalam tubuh badan kita.

Sebab #8: Program diet
Rasanya zaman sekarang ni ramai yang dah mula sedar untuk mengurangkan berat badan tetapi apabila seseorang mengurangkan kalori yang diambil, secara tak langsung kandungan nutrien yang diperlukan badan juga akan kurang. Seseorang yang sedang berdiet akan mengalami masalah kekurangan nutrien. Selalunya semasa berdiet, pengambilan protein akan meningkat dan badan akan terpaksa mengharapkan protein sebagai sumber tenaga. Supplemen protein akan dapat membantu seseorang yang berdiet untuk mengelakkan kehilangan otot, kelaparan dan menstabilkan paras gula dalam darah. Supplemen protein dapat membantu membekalkan protein tambahan tanpa menambah kalori tambahan daripada karbohidrat atau lemak.

Sebab #9: Meningkatkan kualiti hidup
Terdapat banyak nutrien yang mampu membantu seseorang meningkatkan kualiti hidup. Salah satu contoh terbaik adalah resveratrol yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan. Resveratrol dijumpai pada tahun 1939 dan resveratrol memastikan tumbuh-tumbuhan membesar dengan sihat dengan melindungi tumbuh-tumbuhan daripada bakteria dan fungi. 

Salah satu fungsi resveratrol ke atas manusia adalah seperti meningkatkan metabolisma, meningkatkan tenaga, mengawal selera makan, menstabilkan paras gula dalam darah, mempercepatkan pemecahan lemak yang tersimpan dalam badan, memperbaiki sensitiviti insulin dan metabolisma karbohidrat, mengurangkan bengkak, meningkatkan otot, mengawal hormon estrogen dan memelihara dinding perut. Vivix Shaklee adalah supplemen terbaik yang membekalkan resveratrol. 

Sebab #10: Meningkatkan tahap kecergasan atlit.
Supplemen membantu atlit mencapai tahap kecergasan fizikal yang optimum. Supplemen penting yang diperlukan oleh atlit adalah seperti asid amino, leucine, isoleucine dan valine yang dikenali juga sebagai branched chained amino acids (BCAAs). BCAAs digunakan untuk membentuk tenaga oleh sel otot yang boleh digunakan semasa latihan untuk meningkatkan kualiti latihan fizikal. 

Jangan tunggu lagi, mungkin kita fikir kita tak perlukan supplemen tapi hakikatnya badan kita kekurangn nutrisi dan amat penting untuk kita mula mengamalkan pengambilan supplemen. Mencegah lebih baik daripada merawat. Tingkatkan tahap kesihatan kita dan kualiti hidup kita. Hubungi Leyha di 0123548491 untuk maklumat lanjut dan mengetahui supplemen yang anda perlukan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...