Friday, November 21, 2014

Ostematrix Shaklee : Tanda-tanda kekurangan Magnesium

Ostematrix Shaklee : Tanda-tanda kekurangan Magnesium


Sebenarnya kadang-kadang kita memang tak sedar yang sebenarnya kita sedang mengalami simptom-simptom kekurangan magnesium. Jarang kot orang ambil berat pasal magnesium kan? Selalu mesti nak vitamin E nak cantik, vitamin C nak imun sistem tinggi tapi kita lupa tentang magnesium atau nama manje dia Mg.  Leyha sendiri pon baru sekarang sedar kepentingan Magnesium hehe. Better late than never orang kata kan? Nasiblah sekarang ni ada Ostematrix Shaklee senang je nak tidur terus telan 4 biji tak payah risau dah tak cukup Magnesium heheh. Jadi arini Leyha nak kongsikan sikit tentang tanda-tanda kekurangan Magnesium pada diri kita.

Keletihan
Keletihan, kurang tenaga, penat melampau adalah tanda-tanda anda kekurangan magnesium. Pesakit keletihan kronik adalah seorang yang telah terbukti kekurangan magnesium dalam badan. 300-1000mg Magnesium setiap hari dapat membantu badan kita mendapat keperluan magnesium yang cukup.

Sakit Kepala (Migraine)
Kekurangan magnesium sememangnya ada kaitan dengan sakit kepala atau migraine kerana magnesium ni sangat penting dalam keseimbangan neurotransmitters.

Kekejangan Kaki
Hampir 70% orang dewasa dan 7% kanak-kanak mengalami masalah kekejangan kaki yang kerap. Leyha sendiri mengalami masalah ni masa zaman kanak-kanak. Kaki memang selalu sangat kejang bila tidur pastu jerit mintak ayah dan ibu tolong heheh. Ok sebenarnya magnesium ni memainkan peranan besar dalam isyarat neuromuscular dan otot. Sindrom kaki resah (Restless leg syndrome) adalah salah satu amaran yang menunjukan kekurangan magnesium dalam tubuh kita. Kita perlu mengambil supplemen yang mengandungi magnesium dan potasium. Setiap tablet Ostematrix Shaklee mengandungi 100mg Magnesium.

Insomia
Kekurangan magnesium sering dikaitkan dengan masalah tidur. Ini adalah kerana magnesium sangat penting untuk fungsi GABA yang berfungsi untuk menenangkan otak untuk berehat. Pengambilan 400mg magnesium sebelum tidur atau selepas makan malam adalah pilihan waktu yang tepat untuk pengambilan magnesium.

Ostematrix Shaklee : Gejala Insomia

Sakit Otot
Magnesium memainkan peranan besar dalam fibromyalgia (masalah imun sistem tubuh) dan kajian mendapati peningkatan paras magnesium dapat mengurangkan rasa sakit dan memperbaiki imun sistem.

Gangguan Saraf
Disebabkan kekurangan magnesium akan menganggu sistem saraf (GABA). Jika kekurangan magnesium berlarutan, peningkatan tahap kecelaruan dan tekanan serta halusinasi. Magnesium diperlukan untuk setiap fungsi sel dan kekurangan magnesium akan menganggu fungsi tubuh.

Tekanan Darah Tinggi
Gabungan magnesium dan kalsium sangat penting untuk tekanan darah yang stabil dan penjagaan jantung. Jika anda kekurangan magnesium, dan kebiasaannya anda juga kekurangan kalsium, perkara ini akan meningkatkan potensi tekanan darah tinggi.

Ostematrix Shaklee mengandungi keperluan magnesium yang cukup untuk tubuh badan kita. 400mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Call atau Whatsapp Leyha di 0123548491 untuk mendapatkan Ostematrix Shaklee anda. 

3 comments:

  1. Info yang menarik..ostematrix memang sangat membantu untuk ibu2 hamil yang tak suka minum susu

    ReplyDelete
  2. Betullah, tak perasan pun sebelum ni tentang kepentingan magnesium...tq for sharing leyha...

    ReplyDelete
  3. saya perasan sejak prgnant ni,amalkan ambil ostematrix,xde rasa stress,masalh sembelit pun xde,cramp xde langsung dah..alhamdulillah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...