Detox atau detoksifikasi adalah salah satu proses pembersihan badan dari segala kekotoran, toksin dan racun-racun yang berada dalam badan. Toksin sangat berbahaya kepada badan. Toksin bukan saja mengganggu proses pencernaan malah memasuki sistem peredaran darah dan pergi kepada organ-organ yang lain. Toksin yang berkumpul di dalam badan akan menyebabkan badan berasa letih dan mudah sakit.
Detox |
Badan manusia mempunyai sistem detox tersendiri seperti hati, usus dan ginjal. Proses detox akan menyingkirkan toksin dari badan kita. Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Setiap hari kita memang terdedah kepada toksin dan tidak dapat mengelak daripada toksin memasuki tubuh kita. Toksin berada dimana-mana saja iaitu di udara, makanan atau minuman seharian kita. Terdapat juga toksin dalaman yang terhasil dari sisa metabolik badan disebabkan tekanan hidup dan pemakanan yang tak seimbang.
Kolon yang kotor |
8 Tanda-tanda toksin berlebihan
1) Selalu letih, kurang bertenaga, sakit kepala, nafas berbau, badan berbau,
2) Insomia, gelap bawah mata, mata merah
3) Daya ingatan dan tumpuan yang lemah
4) Alahan, sinus dan sistem imun yang lemah
5) Masalah sistem pencernaan yang lemah, sembelit dan masalah angin
6) Masalah sendi
7) Masalah kulit
8) Masalah berat badan
4 Cara Membuang Toksin dalam Badan
1) Detox : detox adalah proses membersihan usus dari segala toksin dan racun. Proses detox akan
mengikis segala kekotoran yang melekat di dinding usus agar nutriens dapat diserap dengan baik
dan proses pencernaan akan menjadi lebih lancar
2) Senaman : Senaman akan menyingkirkan toksin melalui peluh. Senaman menjadikan badan lebih
sihat dan bertenaga.
3) Refleksologi : Sebahagian toksin yang berkumpul dalam badan dikatakan akan berkumpul di
bahagian kaki. Refleksologi yang tertumpu pada bahagian tapak kaki dikatakan dapat
menyingkirkan toksin kerana menurut perubatan Cina, tapak kaki mempunyai 60 titik akupuntur
Toksin akan keluar melalui titik-titik akupuntur ini
4) Berpuasa : Nabi Muhammad s.a.w bersabda bermaksud "Sumber dari segala penyakit adalah
Perut adalah gudang penyakit dan berpuasa adalah ubatnya" (H R Muslim)
Herb-lax Shaklee |
Jika anda mengalami simptom seperti 8 tanda-tanda toksin berlebihan yang leyha senaraikan, sila mulakan proses detox dengan segera. Jika badan penuh toksin, memang mudah sangat terkena penyakit. Untuk geng-geng yang berhasrat untuk menurunkan berat badan, proses pertama yang wajib dilakukan adalah detox barulah nutriens dan vitamin dapat diserap dengan baik. Herblax Shaklee dapat membantu untuk menyingkirkan toksin dalam usus dan melancarkan sistem pencernaan badan. Bila toksin sudah dikeluarkan, anda boleh mula mengambil Omegaguard dan Lecithin untuk membakar dan mengemulsikan lemak. Whatsapp Leyha segera untuk maklumat lanjut ,konsultasi percuma tentang Herblax dan detox serta harga istimewa.